Sunday, May 27, 2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada entri ini saya ingin mencerita serba sedikit tentang dalam gambar ini di mana saya bersama rakan-rakan dalam pasukan kokurikulum bola sepak di universiti. Setelah menyertai bola sepak secara kokurikulum secara tidak langsung banyak ilmu tentang bola sepak yang saya peroleh dan sebelum ini tidak pernah diajar dengan ilmu-ilmu sukan bola sepak. Antaranya menyertai kursus kejurulatihan yang digurukan oleh seorang penyarah di tempat pengajian saya, mempelajari asas bola sepak, menjadi jurulatih terlatih pemain-pemain bola sepak di daerah tersebut bawah 7 hingga 12 tahun. Tidak lupa pahit yang telah saya alami sepanjang menjadi pelajar subjek adalah pengurusan untuk membina satu program pertandingan bola sepak mengikut umur tidak mencapai sasaran yang diinginkan. Pengurusan di dalam pasukan kokurikulum bola sepak jarang sekali berkomunikasi secara dalam gaya persahabatan. Saya tahu orang-orang berkenaan yang sedang baca entri ini akan terasa marah tetapi itulah nukilan saya tentang segala pengalaman manis dan pahit di sebalik gambar.
Terima kasih yang sudi membaca nukilan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment